Sunday, May 9, 2010

Asal-Usul Sungai Petani



Sungai Petani  (singkatan Sg. Petani atau "SP") merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

peta sungai petani

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort.






Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan laluan udara. Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui lebuhraya utara selatan. Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui lebuhraya utara selatan lebih cepat dan selesa.



Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jalan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterwoth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.



Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

0 comments:

Post a Comment